Tentang Kop. Veterinar Johor

Koperasi kami

Kepakaran Koperasi kami adalah membantu individu yang ingin mencebur diri menjadi usahawan berjaya dalam bidang ternakan  dengan meraih pendapatan tinggi, mampan serta mampu sehingga mencapai tahap eksport.

Penubuhan Kop. Veterinar Johor diilhamkan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor, Dato Dr. Kamaruddin bin Md. Isa pada tahun 2010 bagi meningkatkan komitment memajukan serta menjayakan usahawan dalam bidang  ternakan dan pemprosesan hasil ternakan di era kemajuan masakini dengan perkembangan teknologi moden khususnya di dalam Negeri Johor. 

.

Kop. Veterinar Johor komited untuk membantu usahawan mengenalpasti baka baka ternakan yang berkualiti tinggi bagi tujuan pembangunan projek ternakan dan bagi tujuan memperolehi sumber protein berasaskan ternakan seperti daging, telur, susu yang bersih dan selamat untuk hidangan anda bersama keluarga yang tersayang.   

Kop. Veterinar Johor juga bersedia membantu usahawan  memilih mesin keperluan  ternakan seperti mesin pericih, mesin pemerah susu, mesin pengeraman, pagar elektrik termasuk juga vitamin, supplimen serta melatih usahawan melalui program kursus.  

Objektif Koperasi

Kop. Veterinar Johor berjaya membantu usahawan memantapkan perniagaan mereka, mengekalkan keuntungan perniagaan dan membentuk perniagaan ke arah kecemerlangan dalam pelbagai sektor ekonomi khususnya dalam bidang penternakan dan pemprosesan hasil penternakan.

Misi :  Meningkatkan, Membangunkan Ekonomi Melalui Penyediaan Perkhidmatan yang berkualiti dengan Pulangan Yang Berterusan


Visi : Menjadi Koperasi Yang Dinamik, Berdaya Maju Dan Berdaya Saing.

Misi & Visi

Koperasi

Pegawai Koperasi

Hjh.Norlilah binti Karman (Pengerusi Perniagaan)
En.Vijayan a/l Vellu (Biro Perhubungan korporat)